Posted by: mpkrataie | June 16, 2009

Selamat Datang ke Blog MPK Rataie

Kampung Rataie

Kampung Rataie terletak di Mukim Bokok Daerah Temburong, Negara Brunei Darussalam. Kampung Rataie bersempadan dengan Kampung Bokok ( Mukim Bokok ) disebelah Utara dan Kampung Sibulu ( Mukim Amo ) disebelah Selatan. Kampung Rataie terletak kira-kira 12 km daripada Pekan Bangar. Kampung Rataie dihubungkan dengan Pekan Bangar oleh dua laluan jalan raya iaitu Jalan Pertama dengan melalui Jalan Ujung Jalan yang melintasi Kampung Seri Tanjung Belayang, Kampung Batang Tuau, Kampung Puni, Kampung Buda-Buda, Kampung Belais, Kampung Paya Bangangan dan Kampung Bokok. Jalan Kedua melalui Jalan Batang Duri yang melintasi Kampung Subuk, Kampung Kinalong, Kampung Buang Bulan, Kampung Belingus dan Kampung Sibulu. Perjalanan kedua-dua laluan ini mengambil masa lebih kurang 12 minit atau 15 minit dengan menggunakan kenderaan  darat dengan kelajuan sederhana.

Advertisement

Categories

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.