Sekapur Sirih

 

bismilah

Alhamdulillah kita panjatkan syukur ke hadrat Allah Subahanahu Wataala kerana dengan taufiq dan hidayahnya jua, maka ‘ Blog ‘ Majlis Perundingan Kampung Rataie, Rancangan Perumahan Negara dan Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati Kampung Rataie telah dapat dihasilkan.  Dikesempatan ini, saya ingin merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada Ahli Jawatankuasa Majlis Perundingan Kampung ini  kerana telah berusaha dengan gigih bagi menghasilkan ’ Blog ‘ ini

Saya berharap dengan adanya ’ Blog ‘ ini dan juga dengan adanya kerjasama dan semangat berpasukan ianya akan memudahkan Ahli Jawatankuasa Majlis  perundingan Kampung dan penduduk kampung dapat melihat projek-projek, aktiviti-aktiviti serta maklumat semasa dan terkini dengan melayari ‘Blog’ ini.

 Saya juga penuh berharap dengan adanya ’Blog’ ini ianya akan dapat meningkatkan kemahiran ICT Ahli Jawatankuasa Majlis Perundingan serta penduduk-penduduk Kampung. Selain dari itu, ’Blog’ ini akan dijadikan tempat rujukan dan berkongsi maklumat untuk kebaikan dan kepentingan bersama.

 Akhirnya, sekali lagi saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Ahli Jawatankuasa yang telah berusaha keras sehingga ujudnya Blog ini. Ucapan terima Kasih juga tidak ketinggalan kepada Pegawai Daerah dan Penolong Pegawai Daerah kerana kepimpinan, tunjuk ajar, nasihat dan bantuan yang tidak kendur-kendurnya dengan tidak mengira waktu sentiasa membimbing dan memberikan buah fikiran dalam sama-sama merealisasikan projek ini. Sekian. Wassalam.

  

Salam Hormat,

MOHD ALLI BIN RADIN
Ketua Kampung Rataie

 

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.